top of page
  • Black Instagram Icon

PH GASTRIK PERUT KUCING

  • Writer: Mistik Catz
    Mistik Catz
  • Jul 6, 2019
  • 2 min read

Updated: Jul 11, 2019

Daging segar mengandungi banyak zat/vitamin yang tersembunyi seperti asid amino & Taurina untuk mudah diserap oleh sistem badan.


Gastrik PH adalah ukuran kepada kadar asid di dalam perut kucing. Skala PH adalah dari

0 hingga 14, bacaan 7 adalah natural. Bacaan bawah dari 7 adalah berasid manakala bacaan lebih dari 7 adalah beralkali. PH 4 adalah bacaan asid yang terdapat didalam perut kucing.


Kehadiran bakteria sihat disekitar perut amat penting bagi membantu proses penghazaman makanan, Bakteria sihat juga boleh menghalang dari kehadiran bakteria jahat untuk hidup yang boleh mengakibatkan penyakit. Parasit seperti cacing amat suka hidup di sekitar usus disebabkan sumber makanan seperti bijian kering atau pun dalam tin. Ini kerana sebenarnya makanan tersebut telah melalui proses pemanasan di kilang pembuatan makanan kucing. Suhu yang tinggi berulang kali telah merosakan kandungan protin. Toksik yang terhasil dari campuran resepi karbohidrat ( nasi,gandum, jagung dll )menyebabkan najis berbau . Usus kehilang flora sihat dan larva cacing akan membiak. Cacing akan mengigit usus kucing dan mengakibatkan keradangan seperti cirit, berak berdarah dan lain- lain.


Semasa perjalanan makanan yang ditelan ke perut, terdapat sejenis hormon yang dipanggil GASTRIN yang bertugas mengeluarkan lebih banyak asid gastrik supaya perut lebih berasid untuk penghanzaman makanan.


Semasa proses penghazaman sejenis bahan dipanggil PEPSINOGEN ( PH 4)akan keluar memenuhi dinding perut kucing. PEPSIN iaitu sejenis enzim yang terhasil dari PEPSINOGEN akan menghazamkan makanan jenis protin dari daging segar. PEPSIN juga akan menguraikan protin kepada asid amino yang mudah diserap kedalam badan kucing.


LIPASE sejenis enzim terhasil dari pengkreas, tugas lipase menguraikan LEMAK. Tanpa lipase mana mungkin zat makanan akan diserap oleh tubuh badan kucing. PH perut perlu dalam bacaan 4 supaya lipase boleh aktif, jika bacaan PH perut bawah dari 1.5 lipase tidak berfungsi. Bacaan PH4 dalam perut kucing amat penting untuk menguraikan lemak ( asid amino ) yang amat penting untuk kucing.


Oleh kerana perut kucing sangat berasid ini bermakna makanan daging segar adalah yang terbaik. perut kucing dengan bacaan PH berasid tidak sesuai diberi makanan jenis bijian kering ( kibles ) atau di dalam tin. ini kerana ianya telah dimasak & dipanggang berulang kali semasa proses pengilangan. Makanan seperti ini di katogerikan sebagai makanan PROSES " FAST FOOD'.


INGAT beri makanan sihat untuk kucing. Pilih makanan yang segar & itu tanda sayang kita pada kucing . Pemikiran orang yang TIADA ilmu " kucing hanya akan makan sisa makanan manusia sahaja". UBAH......UBAH.....beri makanan yang sihat.


Sayangi Kucing





 
 
 

Comentarios


bottom of page