top of page
  • Black Instagram Icon

Penghazaman / Pencernanan.

  • Writer: Mistik Catz
    Mistik Catz
  • Dec 19, 2018
  • 2 min read

Updated: Sep 7, 2019


probiotik & prebiotik

Ciptaan Allah adalah terbaik.

KUCING ADALAH KARNIVOR.

kucing diciptakan oleh allah S.A semasa di zaman nabi nuh A.S. di ataskapal. kehidupannya ditugaskan oleh allah kedunia untuk menangkap tikus sehingga ke hari ini.


Oleh itu, perut kucing hanya akan lebih sihat jika diberi makanan berdaging seperti burung,arnab,tikus & ayam. Gigi kucing memiliki taring yang digunakan untuk mengoyak daging. Dilihat pada rahang mulutnya bergerak secara melintang dan mulut kucing akan menjadi lebar supaya boleh mengoyak size daging yang besar. jika dibandingkan dengan lembu, gigi lembu lebih banyak yang jenis rata tujuannya untuk melumatkan makanan dari jenis tumbuhan hijau (rumput).


Perut Kucing

Proses menghazamkan daging, bermula dari mulut menerusi lidah. setelah itu makanan melalui Esophagus terus ke perut (stomach). Perut kucing mengandungi ACID HYDROCHLORIC yang tinggi ( 1-2 pH) yang dijadikan oleh allah sesuai untuk menghazam/mencerna makanan sehinggakan dapat membunuh pelbagai jenis bakteria jahat yang TIDAK diperlukan oleh kucing.


Usus Kucing

Makanan akan melalui usus untuk penyerapan nutrisi, daging & lemak mudah dicernakan dibandingkan dengan makanan berkanji, sayuran dan lain-lain. Makanan selain dari daging hanya akan melalui usus TANPA berlaku sebarang pencernaan. ini kerana enzim yng diperlukan TIADA didlam usus kucing. Sebab kerana najis makanan dari tumnuhan berbau lebih busuk jika dibandingkan daging.


Apa itu Amlayse & Trypsin

Amalayse adalah sejenis enzim yang dikeluarka dari organ pankreas. Tugasnya untuk mengurai makanan berkarbohidrat seperti bijirin, buahan, sayuran,nasi,pumpkin, soya,

jagung,brocili dll ). Tugasan ini amat berat untuk pankreas hingga boleh menyebabkan banyak sisa kotoran terlekat dan boleh mengakibatkan kerosakan.

Karbohidrat mengambil masa yang lama untuk diurai. Ini disebabkan 33% kandungan adalah fibre. Proses uraian yang lama menyebabakan tiada serapan nutrisi untuk kucing. oleh kerana usus kucing yang pendek ,( ukuran 3 X panjang badan ) makanan berkarbohidrat tidak dapat diserapkan oleh badan. Hanya sekadar MELALUI usus dan terus dibuang sebagai najis.

Trysin adalah sejenis enzime yang dikeluarkan oleh pankreas. Tugas utamanya adalah menguraikan protin dari sumber daging. Oleh kerana enzim ini cepat menguraikan makanan,maka kucing cepat mendapat nutrisi yang diperlukan seharian. oleh kerana kucing memiliki usus yang pendek ( 3 X panjang badan ) walaupun daging yang telah rosak atau mengandungi bakteria pun langsung tidak menganggu kesihatannya. Hebat sungguh ciptanan Allah S.A.


Walau sehebat mana makanan yang kita beri kepada kucing , adakah kita pasti yang perut kucing kita dapat menyerap nutrisi yang diperlukan. Pilih lah makanan kucing yang betul & berkhasiat untuk kelangsungan dan kesejahteranan kucing.


Ingat...! kucing adalah sebahagian dari keluarga kita.


Jadilah Pemilik Kucing yang Prihatin.

PENULISAN INI HANYA UNTUK INFORMASI SAHAJA. SEBARANG MASALAH PERUBATAN SILA BERJUMPA DOKTOR VETERINA YANG BERTAULIAH.

Comments


bottom of page