top of page
FAQ'S
I'm a title. Click here to add your own text and edit me.
-
Perbezaan daging & ayam mentah Mistik Catz demgan produk di pasaran?Daging kisar yang keluaran kami tiada vitamin sentetik ( makmal ). kami menggunakan bahan semulajadi yang terkandung di dalam badan haiwan ikan,ayam & lembu. seperti di zaman dahulu kucing hanya makan tikus seharian di atas kapal nabu Nuh A.S. oleh kerana diet sebeginilah kucing masih ujud ke zaman kita semua. Daging kisar kami menggunakan daging segar yang selalu kita makan. Perisa ayam,ikan & daging lembu adalah untuk memastikan kucing mendapat sumber vitamin serta protin dari pelbagai sumber. contoh : ayam mengandungi sumber protin daging putih dan lembu pula protin daging merah. Kadar Taurina yang amat penting untuk kucing adalah berbeza. Mempelbagaikan diet untuk kucing adalah yang terbaik. Manakala ikan adalah sumber terbaik OMEGA semulajadi ( Kembung & Sardin ).
-
Perbezaan jika daging lembu & ayam yang telah dimasak berbanding mentah ?Memasak daging walaupun separuh masak boleh menyebabkan sumber vitamin mudah hilang. Perut kucing yang bersaiz pendek & berasid tinggi sesuai unruk makanan mentah. Asid di dalam perut kucing juga menyebabkan bakteria tidak boleh hidup. Ciptaan allah semasa di atas kapal nabi Nuh A.S terbukti makanan tikus seharian adalah pilihan yang allah kehendaki untuk kucing supaya berbuat jasa kepada kita. Daging tikus, ayam, arnab, burung dan lain-lain haiwan adalah pilihan terbaik untuk kucing. Bijian kering ( kibble ) yang tercipta untuk kucing mengandungi tepung yang menyebabkan asid semulajadi ( cipta allah ) didalam perut kucing terganggu.
-
Perbezaan buatan sendiri daging kisar ?.Daging kisar buatan sendiri tidak memiliki nutrisi yang sama seperti daging kisar Mistik Catz. Ukuran vitamin seperti kalsium, magnesium dan lain-ain vitamin perlulah terkawal. contoh : jika anda memberi daging kisar pada dada sahaja pasti kucing anda akan mengalami cirit ( najis lembut ). Contoh : jika anda memberi kucing makan hanya bahagian leher sahaja boleh menyebabkan masalah penyakit thyroid. ini kerana kelenjar thyroid yang terkandung di dalam badan ayam terletak di leher. Daging Kisar Mistik Catz telah menyusun atur resepi ( formula ) nutrisi untuk kucing makan pada jangka masa panjang. Mudah kan..! ?
-
Kenapa kucing saya tidak mahu makan daging mentah ?Jawapannya PUASA kan kucing. ini caranya : Walau apa pun jenis makanan kucing anda sekarang pastikan kuantitinya diukur. Hari pertama : Kurangkan kuantiti di dalam mangkuk makan dan SIMPAN mangkuk makanan jika tidak habis di makan. Lakukan cara yang sama pada waktu pagi dan petang. Makanan seterusnya adalah pada waktu pagi keesokannya. Pada hari Kedua ( keesokan ) anda sudah boleh memberi kucing anda makan sesudu besar atau lebih daging kisar untuk kucing anda. Jika kucing anda masih menolak makanan daging kisar,anda masih boleh memberi makanan yang sama seperti semalam TETAPI kuantitinya KURANG dari kelmarin. Lakukan pada hari seterusnya sehingga kucing anda boleh menerima daging kisar mentah. Ya memang benar ada kucing yang susah berubah makanan dan sangat memilih makanan jika bertukar jenama. Lakukan teknik PUASA dan pasti anda akan berjaya. sabar adalah kunci intuk kesihatan kucing anda.
-
Enter your answer here
bottom of page